Biografi ringkas Frank_Athelstane_Swettenham

Dilahirkan di Belper, Derbyshire, England sebagai anak keempat James Oldham Swettenham, Swettenham menjadi kadet Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Selat pada tahun 1870. Tiba di Singapura pada Januari 1871, beliau lulus dalam peperiksaan akhir pengajian Melayu pada Julai 1872 dan menjadi Penolong Pemungut Hasil Tanah. Jawatan-jawatan yang dipegangnya kemudian termasuk:

  • 1872 - 1873: Pemungut Hasil Tanah bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai
  • 1874: Duta khas negeri Perak pada bulan Januari, Jun, dan Julai; Penolong Residen Negeri Perak pada bulan Disember
  • 1876: Penolong Setiausaha Kolonial bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
  • 1881: Setiausaha Kolonial
  • 1882: Residen Inggeris di Selangor
  • 1886: Pesuruhjaya bagi Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu di Pameran Kolonial dan India
  • 1889: Residen Perak
  • 1901: Ketua Residen bagi Tanah-Tanah Melayu Bersekutu.

Swettenham bersara pada tahun 1904, dan dilantik menjadi pengerusi Suruhanjaya Diraja Mauritius.